Hari Bersama Komuniti PI Ppr Seduan Rantau Panjang
18 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPada 17 Disember 2017 (Ahad) yang lalu, Pusat Internet (PI) PPR Sibujaya telah bekerjasama dengan PI Kg.Bandong dan PI Bawang Assan bagi menjayakan Program Hari Bersama Komuniti PI PPR Seduan Rantau Panjang. Program ini bertempat di PI PPR Seduan dan bermula dari jam 8:00 pagi hingga jam 13:00 petang. Pengurusi JKKK Flat PPR Rantau Panjang, Encik Kalom Ak Sepen juga turut hadir untuk memeriahkan lagi program ini.
Pada hari tersebut pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya adalah Pendaftaran Keahlian PI percuma dan Mini ICT Explorace – Advokasi Challenge. Selain itu, penyampaian hadiah bagi pertandingan Poster dan pertandingan Mini ICT Explorace sempena Hari Bersama PI PPR Seduan juga turut diadakan pada hari yang sama. Serama 50 lebih pengunjung yang hadir ke program tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara staf PI dengan komuniti setempat serta mempromosikan PI PPR Seduan sebagai pusat sehenti masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: